Rabu, 9 Disember 2009

HADIRAH MASA KECIL

Pic lama guna kamera biasa je.. Hadirah merupakan anak kami yang sulung. Lahir di Hospital Selayang, Selangor pada 17 mac 2006 (hari Jumaat) pukul 1.30 pagi. Merupakan pengalaman pertama kami mempunyai anak. Pada hari khamis (16 mac 2006) saya tidak sangka isteriku hendak melahirkan anak. Isteriku ada memberitahu dia sakit perut waktu pagi itu. Tetapi oleh kerana tarikh jangkaan hendak lahir hampir dua minggu saya fikir lambat kot. Isteriku pun memberitahu dia sakit perut salah makan mungkin. Pagi khamis itu kami sempat pergi jalan-jalan. Pergi ke Kepong cari kerja untuk kak la pas tu pergi Puchong lak... sempat lepak kat rumah Pok Dol (bapa saudara). Lebih kurang pukul 7 malam dekat maghrib isteriku dah benar-benar sakit perut. Saya dah jadi kelam kabut. Saya dan isteriku terus bertolak ke hospital Selayang Selangor yang jarak lebih kurang 10 km daripada rumah kami. Jalan raya hendak menuju ke hospital Selayang pada masa tersebut sangat 'jem'. Apa lagi pada masa tersebut berpeluh-peluh saya dalam kereta. Jalan jem yang terlampau sampai tidak bergerak kadang-kadang. Saya risau takut nanti bersalin dalam kereta.. apa saya nak buat ni... Tetapi alhamdulillah setelah 2 jam jem akhir sampai ke hospital Selayang dengan selamat lebih kurang pukul 10.30 malam.


Hadirah berpose ....

Di hospital saya memang yang tidak permah mempunyai pengalaman begini. Menunggu isteri bersalin satu penantian yang memenatkan. Dalam fikiran berbagai-bagai perkara yang terlintas. Hanya doa yang selalu bermain dibibirku semoga isteriku dapat bersalin dengan selamat segalanya. Saya dapat mendapat melihat sendiri isteriku bersalin satu pengalaman yang baru kepada saya. Nurse hospital benarkan saya masuk ke dalam bilik bersalin. Terima kasih banyak kepada nurse-nurse hospital Selayang yang menjaga isteriku bersalin dengan selamat dan dapat bilik kelas satu...


Hadirah dah pandai meniarap....

Hadirah bersama mak saya di Felda Tenang, Besut.

0 ulasan:

TENANGKAN HATI DGN MENDENGAR BACAAN AL-QURAN

GAME